from BESUT to BEIJING :]

dah hampir sebulan dok melemakkan diri kat rumah sempena winter break ni. hehe. pejam celik pejam bukak dah habis pon cuti. :( tapi nak buat camne kan. kena jugak balik Beijing. study punya pasal. demi masa depan bersama dengan bakal suami tersayang. haha ^^-
spupu buat gedik nak ikot jugak :p
Sultan Ismail Petra Airport
naik flight dari Sultan Ismail Petra Airport (KBR) pukol 9 pm.family hantar sampai sini je. lepas salam,cium,peluk2, dok tahan nanges jek masuk dalam. scan mana yang patut.  tapi disebabkan cuaca x berapa nak elok sangat haritu, asyik bergegar je dalam flight. huhu. dalam 10 lebih selamat sampai kat LCCT. member2 yang lain dah ada yang sampai LCCT, ada yang belom. sementara nak menunggu flight ke Tianjin, haruslah melantak McD dulu. heee :D
muka penoh stim ngadap mcD. yumm
hampir 6jam perjalan, Alhamdulilla. selamat sampai Tianjin Airport. perut masih kenyang melantak nasi lemak dalam flight. suara pilot masih dok main2 lagi kat telinga ni. jetlag?? x de makno eh nak jetlag. sama je waktu dengan Malaysia. muehehe.

bebudak lain.
dari airport Tianjin, kiteorg ambil texi pergi Tianjin Railway Station. tambang texi dalam RMB50. boleh tahan mahal jugak. huhu. sampai sana, beratur beli tiket train untuk ke beijing. x de pasport x boleh nak beli tiket ye adik2 kakak2. harga tiket RMB55.

Tianjin Railway Station. 

tempat ni dah macam airport dah. kelass u.

dalam train.
dalam setengah jam perjalanan, selamat sampai kat Beijing Railway Station. penat jugak dok berangkut beg jauh2 ni. beg dah la berat. bawak stok makanan. ngehehe. sekali lagi, mana2 je berada, kewajipan haruslah ditunaikan. bawah tangga lah kami rasakan sesuai tempat untuk solat. :) 

dari Beijing Railway Station, ambil texi lagi untuk ke hostel kami. tambang texi dalam RMB48. selamat sampai. Beijing still sejuk. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...