Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label beijing. Show all posts
Showing posts with label beijing. Show all posts

lepak di GREATWALL

Assalamualaikum. ni hao 你好 :))

dah masuk setahun lebih x hupdate blog ni. kehkeh. mohon tak rindu gua sangats.
minggu lepas gua pergi lepak kat greatwall 长城 (changcheng)  dekat Badaling Beijing 长城八达岭 ataupon tembok besar cina. LEPAK je. 
bagi siapa-siapa yang nak pergi sana boleh pergi menggunakan Beijing Subway 北京地铁 ke Xizhimen 西直门。 Lepas keluar dari subway tu akan nampak signboard Beijing Railway Station. First kena beli tiket untuk ke Badaling RMB6 = RM3. murah! perjalanan amik masa dalam sejam. takde lah jauh sangat. 
untuk panjat Greatwall tu boleh lah daki dengan kudrat sendiri ataupon naik cablecar. bagi yang kaki berat macam gua ni boleh la naik guna cable car. tup tup dah sampai atas. ahaa. tiket nak naik guna cable car RMB130 . 


view from cablecar. tak gayat ponggg

dari luar tembok
jerebu dekat Beijing itu normal. tak nampak langit pon. sighh

hikhokk. makcik tepi kacau
gelprengsss
mokcik mokcik gosip. haha
Greatwall memang tempat best nak lepak. sebab kat atas tu sejuk. angin kuat nak mapuh. pemandangan subhanallah cantik sesangat. 7 wonders of the world kot. 1 down 6 to go. ohoho. next Taj Mahal insyaallah.







homemade sushi

salam.
hari ini sesi memasak bersama fefiqah :p harini nak share macam mana nak buat sushi. eh? biar betik? hehe. betol la. senang je nak buat ni. 
walaupun salah teknik cara gulung, makan tetap best. hihi
bahan-bahan yang diperlukan :

1.  seaweed dan tikar. xde tikar pon x apa. seaweed haruslah berbentuk segi empat.
sumber google
2. masak nasi. kuantiti ikut suka. nak makan banyak masak lebih sikit. kalau kat sini guna beras cina. beras pendek2 dan berkanji. tapi rasanya guna beras biasa pon boleh, tapi bagi keras sikit.

3. tuna dan mayonis. tuna kalau yang dah siap tu pon ok jugak. ataupun buat sendiri, tuna, letak mayonis, tambah garam sikit. kacau sampai sebati.

4. kalau nak letak inti lain pon boleh. ikut citarasa masing-masing. nak letak isi ketam, timun batang, carrot and so on la. semua pon boleh. :D rasa nak tambah cili padi ponnnn boleh. haha

5. kesabaran kena ada! ^^

cara-cara nya adalah... *tengtengteng. music background*

1. nasi yang telah di masak tadi letakkan atas seaweed. tekan-tekan nasi tu bagi dia mampat. jangan letak banyak sangat nasi tu. yang sedang sedang ajaaaa.

2. letakkan tuna dan timun batang diatas nasi yang telak di penyet2 tadi. 


3. sesi gulung gulung sushi. 

dah siap dan boleh makan bersama orang yang tersayang.
:)



Korean punya party, BLCU terbakar.

entry ini di taip selepas 2minggu kejadian berlaku. :]
salam. ni hao! kabare?
pagi pagi after subuh diri ini tengak syok syok online, tetiba fuwuyuan ( 服务员) (mak cik yang tiap-tiap hari bersihkan bilik @ cleaner ) datang and dok ketuk ketuk pintu bilik. ikutkan hati apa benda la fuwuyuan nak pagi-pagi ni. biasa datang sapu bilik dalam pukul 9. ni pukul 7 dah datang. bukak je la kan, dah tetamu datang. mak cik fuwuyuan dengan semangat dok cakap suruh turun bawah dan pakai baju tebal. eh? pakai baju tu memang dia ada cakap, tapi tebal tu entah la. haha. *still x faham mandarin :p


dengan malas-malas kejut roomate dan turun bawah. rupa2nya dah ramai yang berkumpul kat bawah. ohhhh, ada kebakaran ke? haha. time tu la baru kalut ingatkan bilik. dengan lappy tak tutup, passport tinggal dalam bilik. -..-!

kebakaran di tingkat 6
kecoh jugak la 17好楼北语 terbakar. puncanya sebab foreigner Korea ni buat party birthday. then, lilin tu maybe la kena langsir ke apa. huhu.

 setiap orang  dapat notis sorang satu.
dalam notis tu ada cakap pasal korean tu. dan pihak atasan siap warning lagi dalam notis tu. x boleh masak dalam bilik, x boleh iron dalam bilik. kalau x iron dalam bilik, nak iron dekat dapur eh? haha.

peringatan kat sini, jangan main api :D


from BESUT to BEIJING :]

dah hampir sebulan dok melemakkan diri kat rumah sempena winter break ni. hehe. pejam celik pejam bukak dah habis pon cuti. :( tapi nak buat camne kan. kena jugak balik Beijing. study punya pasal. demi masa depan bersama dengan bakal suami tersayang. haha ^^-
spupu buat gedik nak ikot jugak :p
Sultan Ismail Petra Airport
naik flight dari Sultan Ismail Petra Airport (KBR) pukol 9 pm.family hantar sampai sini je. lepas salam,cium,peluk2, dok tahan nanges jek masuk dalam. scan mana yang patut.  tapi disebabkan cuaca x berapa nak elok sangat haritu, asyik bergegar je dalam flight. huhu. dalam 10 lebih selamat sampai kat LCCT. member2 yang lain dah ada yang sampai LCCT, ada yang belom. sementara nak menunggu flight ke Tianjin, haruslah melantak McD dulu. heee :D
muka penoh stim ngadap mcD. yumm
hampir 6jam perjalan, Alhamdulilla. selamat sampai Tianjin Airport. perut masih kenyang melantak nasi lemak dalam flight. suara pilot masih dok main2 lagi kat telinga ni. jetlag?? x de makno eh nak jetlag. sama je waktu dengan Malaysia. muehehe.

bebudak lain.
dari airport Tianjin, kiteorg ambil texi pergi Tianjin Railway Station. tambang texi dalam RMB50. boleh tahan mahal jugak. huhu. sampai sana, beratur beli tiket train untuk ke beijing. x de pasport x boleh nak beli tiket ye adik2 kakak2. harga tiket RMB55.

Tianjin Railway Station. 

tempat ni dah macam airport dah. kelass u.

dalam train.
dalam setengah jam perjalanan, selamat sampai kat Beijing Railway Station. penat jugak dok berangkut beg jauh2 ni. beg dah la berat. bawak stok makanan. ngehehe. sekali lagi, mana2 je berada, kewajipan haruslah ditunaikan. bawah tangga lah kami rasakan sesuai tempat untuk solat. :) 

dari Beijing Railway Station, ambil texi lagi untuk ke hostel kami. tambang texi dalam RMB48. selamat sampai. Beijing still sejuk. :(

si JAKUN dan SNOW

2/12/2011 :: first time merasa snow neh.

salah sorang budak jakun di sini. hikk



haritu bangun awal dari biasa. x tau la nape. every day check ramalan kaji cuaca. tapi biasanya x tepat. sobsobsossss. minggu lepas cakap snow nak turun, tapi x ada pon =.= lepas bangun pagi tu, mandi n siap2. mandi awal dari biasa. heater pon x ON lagi time tu. mandi air sejuk. brrrrrrrrr..

suhu kebiasaan sekarang ni dah negative. 0. 2 3. normal lettewww. then tengok luar tingkap, sunyinyeee. owh, masih gelap lagi. >.<

x lama lepas tu,  'beeep.beeeppp' *bunyi phone* got msg from sis yanie. 'dik,snow dik, snow!'
woahhh. punye excited bunyi msg tu. aku >> intai lagi luar tingkap. mana snow nye. x nampak pon. then, perhati betol2 kat jalan, kat atas kereta. ehhhh, dah memutih la. hikhik. excited.. syukur. :] terus menjerit cakap kat roomate yg dah snow. :D

tapi semalam je ada snow. harini dah cair. ekekek.
dok tepi tingkap sambil tengok salji turun. kekonon ala-ala winter sonata gitu.

ingatkan kami-kami budak Malaysia je yg terjakun sket, rupenye ramai lagi foreigner lain yg sama-sama menjakunkan diri. :p






lets snow keep falling on my head. :D

heeeeee. ^___^

RANDOM :: menyepi :3

hye olsssss. so sory tersangatlah lama menyepi. nowdays memang agak 'BZ'. hihi. 

this post random jekkk . ^^
dalam kelas.

roti

hanzi


#pftt

kad topup


buah berangan. BESAR

ibu. eh ubi



:D

aidiladha di Beijing

salam. masih sempat nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA *wink2
entry selalu lambat update. muehehe. 

kalau di Malaysia, aidiladha disambut pada ahad 6/11/11. tapi kat Beijing lak , kami sambut pada 7/11/11. lewat sehari. huuu.

*pengalaman manis masin di pagi raya, berebut naik subway untuk ke embassy. dalam subway tu lagi teruk dari sardin dalam tin. tambah dengan macam2 bau lagi. terlepas station subway, then patah balik. hihi. :p

sebab terlambat, xsempat nak solat sunat aidiladha :( xde rezeki. huhu

perjalanan ke embassy

embassy Malaysia


beratur nak amek makanan


tu dia ... nasi lemak + roti canai

nasi impit + rendang + keropok moni :D











sederhana tapi meriah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...