homemade sushi

salam.
hari ini sesi memasak bersama fefiqah :p harini nak share macam mana nak buat sushi. eh? biar betik? hehe. betol la. senang je nak buat ni. 
walaupun salah teknik cara gulung, makan tetap best. hihi
bahan-bahan yang diperlukan :

1.  seaweed dan tikar. xde tikar pon x apa. seaweed haruslah berbentuk segi empat.
sumber google
2. masak nasi. kuantiti ikut suka. nak makan banyak masak lebih sikit. kalau kat sini guna beras cina. beras pendek2 dan berkanji. tapi rasanya guna beras biasa pon boleh, tapi bagi keras sikit.

3. tuna dan mayonis. tuna kalau yang dah siap tu pon ok jugak. ataupun buat sendiri, tuna, letak mayonis, tambah garam sikit. kacau sampai sebati.

4. kalau nak letak inti lain pon boleh. ikut citarasa masing-masing. nak letak isi ketam, timun batang, carrot and so on la. semua pon boleh. :D rasa nak tambah cili padi ponnnn boleh. haha

5. kesabaran kena ada! ^^

cara-cara nya adalah... *tengtengteng. music background*

1. nasi yang telah di masak tadi letakkan atas seaweed. tekan-tekan nasi tu bagi dia mampat. jangan letak banyak sangat nasi tu. yang sedang sedang ajaaaa.

2. letakkan tuna dan timun batang diatas nasi yang telak di penyet2 tadi. 


3. sesi gulung gulung sushi. 

dah siap dan boleh makan bersama orang yang tersayang.
:)



Korean punya party, BLCU terbakar.

entry ini di taip selepas 2minggu kejadian berlaku. :]
salam. ni hao! kabare?
pagi pagi after subuh diri ini tengak syok syok online, tetiba fuwuyuan ( 服务员) (mak cik yang tiap-tiap hari bersihkan bilik @ cleaner ) datang and dok ketuk ketuk pintu bilik. ikutkan hati apa benda la fuwuyuan nak pagi-pagi ni. biasa datang sapu bilik dalam pukul 9. ni pukul 7 dah datang. bukak je la kan, dah tetamu datang. mak cik fuwuyuan dengan semangat dok cakap suruh turun bawah dan pakai baju tebal. eh? pakai baju tu memang dia ada cakap, tapi tebal tu entah la. haha. *still x faham mandarin :p


dengan malas-malas kejut roomate dan turun bawah. rupa2nya dah ramai yang berkumpul kat bawah. ohhhh, ada kebakaran ke? haha. time tu la baru kalut ingatkan bilik. dengan lappy tak tutup, passport tinggal dalam bilik. -..-!

kebakaran di tingkat 6
kecoh jugak la 17好楼北语 terbakar. puncanya sebab foreigner Korea ni buat party birthday. then, lilin tu maybe la kena langsir ke apa. huhu.

 setiap orang  dapat notis sorang satu.
dalam notis tu ada cakap pasal korean tu. dan pihak atasan siap warning lagi dalam notis tu. x boleh masak dalam bilik, x boleh iron dalam bilik. kalau x iron dalam bilik, nak iron dekat dapur eh? haha.

peringatan kat sini, jangan main api :D


wishlist 2012-done

:)
diri ini tersenyum senyum kambeng sorang diri bila wishlist tertunai. \^^/ angkat tangan ke atas sambil lambai lambai. angan angan mat jening je selama ni nak memiliki sendiri benda tersebut. tapi tapi sekarang sudah tertunai semua tu. *pengsan*.
berbekalkan duit tahan lapar selama ni, ok ni tipu >.< hihi.  berbekalkan duit elaun sem lepas, daku pon melaburkan duit duit itu untuk beli ini. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Nikon D5100

duit terbang melayang jauh kat taukey kedai tu sebanyak 4800yuan. tapi x pernah sesekali terdetik di hati rasa menyesal walau sebesar kuman. kehkeh :]

eh eh. bukan tu je. ada satu lagi wishlist la konon. x de la wishlist sangat benda ni. tapi da lama berkenan. tambah lak memang benda ni x de lagi. yang lama dah nazak, so kena ganti yang baru.
jam tangan swatch. ^^ *oh duit duit melayang lagi* 

Swatch 2012 “New Gent Lacquered” Collection

wishlist 2012 lagi?? nak berubah ke arah yang lebih baik :) jia you jia you!


purse kesayangan hilang :(

Alhamdulillah syukur masih bernafas lagi hari ni :)
nak dipendekkan cerita, purse kesayangan dah hilang kat bumi Beijing ni. :(
punca hilang x dapat dikenal pasti. ada orang berkenan then curi ke, jatuh dalam texi ke. hanya Allah yang tahu ._. 
bersyukur jugak sebab awal-awal dah keluarkan ic, kad bank Malaysia. buat peringatan camni sebab kawan pernah hilang purse kena curi. ic, semua kad bank ada dalam tu. so, satu hal lak nak balik malaysia nak buat yang baru kan. cuma yang hilang dalam purse tu, kad bank china punya. 2 pulak tu. huhu. kad student UiTM :( dah x de dah kad UiTM :( :( :( kad insuran kesihatan, kad watsons, kad subway. em apa lagi eh. haa, duit dalam RMB150+ jugak. :( and yes gambar banyak dalam tu. habes la klo jatuh kat orang cina. kang x pasal2 orang cina jatuh hati kat aku. hikhikhik
tapi sekarang dah setlle dah semua. dah buat kad bank baru ^^.

peringatan untuk diri sendiri and orang lain. lepas ni jaga purse baik-baik. \^.^/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...