Photobucket Photobucket Photobucket

lepak di GREATWALL

Assalamualaikum. ni hao 你好 :))

dah masuk setahun lebih x hupdate blog ni. kehkeh. mohon tak rindu gua sangats.
minggu lepas gua pergi lepak kat greatwall 长城 (changcheng)  dekat Badaling Beijing 长城八达岭 ataupon tembok besar cina. LEPAK je. 
bagi siapa-siapa yang nak pergi sana boleh pergi menggunakan Beijing Subway 北京地铁 ke Xizhimen 西直门。 Lepas keluar dari subway tu akan nampak signboard Beijing Railway Station. First kena beli tiket untuk ke Badaling RMB6 = RM3. murah! perjalanan amik masa dalam sejam. takde lah jauh sangat. 
untuk panjat Greatwall tu boleh lah daki dengan kudrat sendiri ataupon naik cablecar. bagi yang kaki berat macam gua ni boleh la naik guna cable car. tup tup dah sampai atas. ahaa. tiket nak naik guna cable car RMB130 . 


view from cablecar. tak gayat ponggg

dari luar tembok
jerebu dekat Beijing itu normal. tak nampak langit pon. sighh

hikhokk. makcik tepi kacau
gelprengsss
mokcik mokcik gosip. haha
Greatwall memang tempat best nak lepak. sebab kat atas tu sejuk. angin kuat nak mapuh. pemandangan subhanallah cantik sesangat. 7 wonders of the world kot. 1 down 6 to go. ohoho. next Taj Mahal insyaallah.







homemade sushi

salam.
hari ini sesi memasak bersama fefiqah :p harini nak share macam mana nak buat sushi. eh? biar betik? hehe. betol la. senang je nak buat ni. 
walaupun salah teknik cara gulung, makan tetap best. hihi
bahan-bahan yang diperlukan :

1.  seaweed dan tikar. xde tikar pon x apa. seaweed haruslah berbentuk segi empat.
sumber google
2. masak nasi. kuantiti ikut suka. nak makan banyak masak lebih sikit. kalau kat sini guna beras cina. beras pendek2 dan berkanji. tapi rasanya guna beras biasa pon boleh, tapi bagi keras sikit.

3. tuna dan mayonis. tuna kalau yang dah siap tu pon ok jugak. ataupun buat sendiri, tuna, letak mayonis, tambah garam sikit. kacau sampai sebati.

4. kalau nak letak inti lain pon boleh. ikut citarasa masing-masing. nak letak isi ketam, timun batang, carrot and so on la. semua pon boleh. :D rasa nak tambah cili padi ponnnn boleh. haha

5. kesabaran kena ada! ^^

cara-cara nya adalah... *tengtengteng. music background*

1. nasi yang telah di masak tadi letakkan atas seaweed. tekan-tekan nasi tu bagi dia mampat. jangan letak banyak sangat nasi tu. yang sedang sedang ajaaaa.

2. letakkan tuna dan timun batang diatas nasi yang telak di penyet2 tadi. 


3. sesi gulung gulung sushi. 

dah siap dan boleh makan bersama orang yang tersayang.
:)



Korean punya party, BLCU terbakar.

entry ini di taip selepas 2minggu kejadian berlaku. :]
salam. ni hao! kabare?
pagi pagi after subuh diri ini tengak syok syok online, tetiba fuwuyuan ( 服务员) (mak cik yang tiap-tiap hari bersihkan bilik @ cleaner ) datang and dok ketuk ketuk pintu bilik. ikutkan hati apa benda la fuwuyuan nak pagi-pagi ni. biasa datang sapu bilik dalam pukul 9. ni pukul 7 dah datang. bukak je la kan, dah tetamu datang. mak cik fuwuyuan dengan semangat dok cakap suruh turun bawah dan pakai baju tebal. eh? pakai baju tu memang dia ada cakap, tapi tebal tu entah la. haha. *still x faham mandarin :p


dengan malas-malas kejut roomate dan turun bawah. rupa2nya dah ramai yang berkumpul kat bawah. ohhhh, ada kebakaran ke? haha. time tu la baru kalut ingatkan bilik. dengan lappy tak tutup, passport tinggal dalam bilik. -..-!

kebakaran di tingkat 6
kecoh jugak la 17好楼北语 terbakar. puncanya sebab foreigner Korea ni buat party birthday. then, lilin tu maybe la kena langsir ke apa. huhu.

 setiap orang  dapat notis sorang satu.
dalam notis tu ada cakap pasal korean tu. dan pihak atasan siap warning lagi dalam notis tu. x boleh masak dalam bilik, x boleh iron dalam bilik. kalau x iron dalam bilik, nak iron dekat dapur eh? haha.

peringatan kat sini, jangan main api :D


wishlist 2012-done

:)
diri ini tersenyum senyum kambeng sorang diri bila wishlist tertunai. \^^/ angkat tangan ke atas sambil lambai lambai. angan angan mat jening je selama ni nak memiliki sendiri benda tersebut. tapi tapi sekarang sudah tertunai semua tu. *pengsan*.
berbekalkan duit tahan lapar selama ni, ok ni tipu >.< hihi.  berbekalkan duit elaun sem lepas, daku pon melaburkan duit duit itu untuk beli ini. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Nikon D5100

duit terbang melayang jauh kat taukey kedai tu sebanyak 4800yuan. tapi x pernah sesekali terdetik di hati rasa menyesal walau sebesar kuman. kehkeh :]

eh eh. bukan tu je. ada satu lagi wishlist la konon. x de la wishlist sangat benda ni. tapi da lama berkenan. tambah lak memang benda ni x de lagi. yang lama dah nazak, so kena ganti yang baru.
jam tangan swatch. ^^ *oh duit duit melayang lagi* 

Swatch 2012 “New Gent Lacquered” Collection

wishlist 2012 lagi?? nak berubah ke arah yang lebih baik :) jia you jia you!


purse kesayangan hilang :(

Alhamdulillah syukur masih bernafas lagi hari ni :)
nak dipendekkan cerita, purse kesayangan dah hilang kat bumi Beijing ni. :(
punca hilang x dapat dikenal pasti. ada orang berkenan then curi ke, jatuh dalam texi ke. hanya Allah yang tahu ._. 
bersyukur jugak sebab awal-awal dah keluarkan ic, kad bank Malaysia. buat peringatan camni sebab kawan pernah hilang purse kena curi. ic, semua kad bank ada dalam tu. so, satu hal lak nak balik malaysia nak buat yang baru kan. cuma yang hilang dalam purse tu, kad bank china punya. 2 pulak tu. huhu. kad student UiTM :( dah x de dah kad UiTM :( :( :( kad insuran kesihatan, kad watsons, kad subway. em apa lagi eh. haa, duit dalam RMB150+ jugak. :( and yes gambar banyak dalam tu. habes la klo jatuh kat orang cina. kang x pasal2 orang cina jatuh hati kat aku. hikhikhik
tapi sekarang dah setlle dah semua. dah buat kad bank baru ^^.

peringatan untuk diri sendiri and orang lain. lepas ni jaga purse baik-baik. \^.^/

from BESUT to BEIJING :]

dah hampir sebulan dok melemakkan diri kat rumah sempena winter break ni. hehe. pejam celik pejam bukak dah habis pon cuti. :( tapi nak buat camne kan. kena jugak balik Beijing. study punya pasal. demi masa depan bersama dengan bakal suami tersayang. haha ^^-
spupu buat gedik nak ikot jugak :p
Sultan Ismail Petra Airport
naik flight dari Sultan Ismail Petra Airport (KBR) pukol 9 pm.family hantar sampai sini je. lepas salam,cium,peluk2, dok tahan nanges jek masuk dalam. scan mana yang patut.  tapi disebabkan cuaca x berapa nak elok sangat haritu, asyik bergegar je dalam flight. huhu. dalam 10 lebih selamat sampai kat LCCT. member2 yang lain dah ada yang sampai LCCT, ada yang belom. sementara nak menunggu flight ke Tianjin, haruslah melantak McD dulu. heee :D
muka penoh stim ngadap mcD. yumm
hampir 6jam perjalan, Alhamdulilla. selamat sampai Tianjin Airport. perut masih kenyang melantak nasi lemak dalam flight. suara pilot masih dok main2 lagi kat telinga ni. jetlag?? x de makno eh nak jetlag. sama je waktu dengan Malaysia. muehehe.

bebudak lain.
dari airport Tianjin, kiteorg ambil texi pergi Tianjin Railway Station. tambang texi dalam RMB50. boleh tahan mahal jugak. huhu. sampai sana, beratur beli tiket train untuk ke beijing. x de pasport x boleh nak beli tiket ye adik2 kakak2. harga tiket RMB55.

Tianjin Railway Station. 

tempat ni dah macam airport dah. kelass u.

dalam train.
dalam setengah jam perjalanan, selamat sampai kat Beijing Railway Station. penat jugak dok berangkut beg jauh2 ni. beg dah la berat. bawak stok makanan. ngehehe. sekali lagi, mana2 je berada, kewajipan haruslah ditunaikan. bawah tangga lah kami rasakan sesuai tempat untuk solat. :) 

dari Beijing Railway Station, ambil texi lagi untuk ke hostel kami. tambang texi dalam RMB48. selamat sampai. Beijing still sejuk. :(

coretan suka duka 2011 ^^

Assalamualaikum. ni hao uols!
eh, dah 2012 dah esok. tetibe teringat kat iklan syampoo khurafat tu yang cakap 2012 dunia berakhir. pengaruh movie lettew. since harini dah last day 2011, esok dah 2012. dan umur makin meningkat, nak review balik apa dah buat sepanjang tahun nie.
januari
# still menjadi pelajar asasi sains UiTM Puncak Alam group H4.
#dah masuk sem 2 dah time ni.
#terima scholar 1MDB. tapi burn camtu jek
dgn dato' najib
rindu rindu :(
dalam lab 

lecture hall
hai sir megat! :D
ni dalam pejabat.
bilik tutor
februari
#masih di palam.
#bz dengan test + quiz
dgn cik datin tiqah. miss u damn much!
dgn housemate
buku zaman asasi
katil katil. sapa la tuan baru katil ni. -..-


mac
#apply maktab
#final exam
#dinner dengan group H4
#habes asasi
#dah start bercuti



H4 dinner

reportmate. hehe. geng lab report ni ^^




april
#bercuti
#menjadi suri rumah sepenuh masa
#result final exam dah keluar. tetttttt!
#research kos apa nak mintak ni
#baru bagitau parents yang apply maktab. hehe
#apply kerja. tapi x de kosong.
#apply lagi. dan x de. ok, give up.
#result maktab dah kuar. Alhamdulillah dapat interview
#pergi inteview kos ppc math
#lega ^^
muka sebelom intebiu. hikkssss
mei
#bercuti lagi
#dan masih x buat apa-apa
#keluar berouting dengan kawan
#menembak nembak
#result maktab keluar. then, x dapat :(
#ok, frust 
#mengharapkan UPU



jun
#masih di rumah menghabiskan beras +lauk pauk + duit mak ayah >..<
#upu fasa dua dah bukak.
#isi tu bergantung dengan result. x isi medic. mmg dah di rejekkk awal2. haha

julai
#dapat panggilan dari KPM. dapat tawaran sambung belajar ke Beijing dlm kos bahasa mandarin :)
#result UPU kuar. dpt tawaran degree dalm electrical engineering
#konpius nak pilih yang mana
#ok. pilih yg Beijing ^^
#tunggu surat dari KPM. x sampai2. last2 dorang faks kan jek
 #pergi BTN (Biro Tata Negara)
#buat pasport + medical chekup


ogos
#puasa
#attend pre-departure
# 29/8 genap umur 19 :)
#raya \^^/
predeparture


september
# jadual asal fly 13/9. tup tup tunda.
#20/9 lak. ok, sambung cuti
#tiba masa nak fly
#gudbye besut, malaysia
nak berlepas dah ni :[

ade org bagi. hikhik


oktober
#dah mula biasa dgn hidup di Beijing
#autumm
huhayyyyy



november
#dah masuk winter
#xtahan sejuk

december
#first snow turun
#main ski
#final exam
-end 19 years old-

sambut bufday retisss. Fazli Zainal. tidakkk kesampaiannn. cinta kitaaa

baju seluar sewa. sobsob xlawa
:)
hope with new year. new age.
20-an
dapat mematangkan aku.
dapat berubah ke arah lebih baik
^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...