ni pengalaman temuduga aku yang kedua. kalau dulu, temuduga untuk biasiswa JPA.
yang mesej satu hal. dekat FB pon ramai tanya pasal ni. aku bukan x nak share, tapi kalau dah ramai yang tanya, malas nak explain satu-satu. so, aku story kat sini sudah. baca la yek. *promote blog sambil2. hihi*
yang mesej satu hal. dekat FB pon ramai tanya pasal ni. aku bukan x nak share, tapi kalau dah ramai yang tanya, malas nak explain satu-satu. so, aku story kat sini sudah. baca la yek. *promote blog sambil2. hihi*
ramai jugak yang singgah blog aku ni sebab nak tahu pasal temuduga KPLSPM 2011 ni.
firstly, kena susun elok-elok sijil-sijil (salinan dan yang asal) yang nak di bawa time temuduga tu. pastikan salinan sijil-sijil juga dah siap dengan pengesahan termasuk ic, surat beranak. cara susun sijil pon penting. ikut susunan yang tlah diberitahu. dalam clear folder tu, depan sekali letak ic anda, sebelah letak surat beranak diikuti sijil berhenti sekolah, sijil-sijil akademik SPM (SPM sahaja) , sijil-sijil kokurikulum dan yang berkaitan. susun sijil mengikut tahun yang terbaru. contoh 2010,2009,2008.... sijil sekolah rendah jangan letak tau.
dari segi pakaian pulak, pakaian mestilah sesuai. kalau perempuan , pakai baju kurung la. jangan pakai baju yang terlalu padat dengan corak. avoid pakai tudung hitam. kalau yang berjubah, seeloknya jangan pakai la. aku pon x tahu kenapa. tapi dulu ada cikgu pesan macam ni. bagi yang bertudung, jangan pakai tudung hitam. kalau boleh, pakai tudung biar kemas, mekup-mekup sikit. tapi jangan over. pakai kasut yang sesuai. kalau boleh, pakai sarung kaki. bagi lelaki pulak, pakai kemeja berlengan panjang, neck tie (jangan yang kartun or bercorak padat), kasut biar kilat-kilat, stokin, nak pakai songkok pon boleh. tapi jangan kopiah. warna pon penting, jangan pakai warna yang gelap-gelap. kalau ada blezer pakaila. name tag ke.
hari temuduga , pagi tu ambil breakfast dulu kang lapar sapa yang susah. huhu. mula-mula panel akan panggil korang masuk untuk duduki ujian insak selama 30 jam minit. soalan -soalan nya x susah pon. untuk tahu sahsiah kita je. x payah study pon x apa. lepas je abes insak, panel akan panggil korang inteview secara berkumpulan. masa ni,korang kena pakai name tag yang dah dia bagi bagi calon lain tahu nama korang. dia dah bagi siap-siap soalan. soalan aku dapat aritu peranan TV terhadap pelajar. aku jadi pengerusi. HEHE. seeloknya, berebutlah nak jadi pengerusi, yang buat intro dan penutup, barulah nampak anda banyak cakap berbanding orang lain walhal x pon. time ni , kalau dah blur sangat x ada isi ke, bagi contoh je banyak-banyak.
habis temuduga berkumpulan, panel akan panggil secara individu. panel hanya 2 orang je. time ni kalau panel speaking, so korang pon kena speaking jugak tau. jangan dia tanya BM, korang jawab BI. jangan jangan. panel just nak tengok korang bercakap. keyakinan yang penting. jawapan salah atau betol tu lain kira. tembak je nak jawab pe. aku ambil dalam matematik untuk PPC (program pelajar cemerlang). panel ada juga la tanya, kenapa nak ambil PPC? kenapa ambil MATH? pandai la jawab tu. kena study la sikit-sikit tentang pendidikan. ada yang dia tanya, ada yang x. jangan menipu. misalnya, panel tanya. apa persediaan yang kamu buat nak hadiri temuduga.. korang pon jawab , saya study pasal pendidikan, visi misi bla bla bla. padahal korang x study pon. panel akan tanya balik, apa itu visi? hah, amek kau. kalau x tahu, jangan di sebut ok.
for those yang belom temuduga, i wish u good luck! [link]
sebelum pergi intebiu, posing-posing dulu. hihi |
3 orang buat nakal:
30 jam ke setengah jam??? HAHAHAHA :p
dh cube dulu tp xdpt pon..sgt2 sdey :(
@Oppa Kudin Nz hmmm, xpe la .. xde rezeki la tu..
Post a Comment